AORA Spa & Wellness Malaysia dibangunkan khusus sebagai penanda aras untuk syarat minimum Halal Spa Malaysia. Konsep ini dirancang selari dengan permintaan serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan (MOTAC), Pusat Pelancongan Islam, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menjadi usahawan spa yang diiktiraf dan mempunyai piawaian MOTAC.
Menjadi peneraju industri SPA terkemuka di dalam dan luar negara dengan membawa Urutan Pugus yang eksklusif.
Urutan Pugus ialah urutan eksklusif yang ditawarkan oleh AORA Spa & Wellness Malaysia. Urutan ini membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kecergasan tubuh. Ia melibatkan teknik khusus iaitu “Ladu, Lagus & Sur” yang diadaptasi daripada aktiviti di sawah padi.